26 February 2011

Hati Tenang Dan Bahagia??

Hye. Entry kali ini aku nak berkongsi tentang hati tenang dan bahagia. Kalau korang perasan kan. Ada sesetengah orang tidak memperolehi kebahagiaan yang dorang impikan. Kita patut bersyukurlah sekurang2nya kita ada orang di sekeliling kita yang menyayangi kita, ambil berat tentang kita malah sanggup berkorban apa saja. So aku rasa semua orang di dunia ni ada kebahagiaan tersendiri. Perbezaannya adalah dari segi cara kebahagiaan yang dorang perolehi. Taknak cakap banyak2. korang baca lah selebihnya di bawah ini ok. 



1. Elakkan mengambil tahu tentang mereka di sekeliling kita yang kelihatan bahagia dan membandingkan dengan diri kita. Ini adalah tidakan yang negatif  kerana ia bukan saja membuatkan kita berasa “Kenapa aku yang tidak bahagia, sedangkan orang lain boleh bahagia?” malah menjadikan kita menolak kebahagiaan dalam dari kita sendiri. Bila kita sering merasakan kita tidak bahagia kerana melihat orang lain yang bahagia, perlahan2 bahagia itu akan lari dari kita.
2. Fokus pada sesuatu perkara yang membahagiakan. Jangan melihat pada apa yang hilang dari kita, sebaliknya lihat pada apa yang masih tinggal. Kalau pasangan kita tak membahagiakan dari sesuatu sudut, pandanglah pada sudut yang lain. Jangan difikir pada benda yang tak ada, sebaliknya optimumkan apa yang tinggal untuk kita dan berbahagialah.
3. Melihat pada mereka yang lebih malang nasibnya. Kalau kita miskin, syukurlah kita tidak hidup melarat. Kalau kita tak ada kerja, syukurlah kita masih boleh makan dan tidak perlu pergi mencuri merompak. Kalau pasangan kita mengabaikan kehendak kita, syukurlah dia tidak ‘main’ luar. Kalau anak kita sering sakit, syukurlah kita ada duit untuk merawatnya. Di luar sana ramai orang hidup melarat, homeless, pasangan yang curang dan zalim,anak-anak menderita sakit sebab takde duit….
4. Menjadikan masa-masa yang ada untuk meperbaiki diri, bukan menangisi nasib. Kita selalu rasa tak bahagia, kerana kita ada banyak masa untuk memikirkan tentang betapa tidak bahagianya kita. Gunakan masa yang ada itu untuk memperbaiki diri, mencari kebahagiaan yang hakiki itu,bukan merintih dan mengeluh “Betapa malangnya nasibku~”. Rintihan yang paling baik adalah rintihan pengaduan kepada Tuhan. Jadi, mengadulah padanya
6. Mengadu hanya kepada-Nya. Allah sentiasa ada bersama kita. Kadangkala diberikan hati yang tidak bahagia, sebagai mesej kepada kita bahawa apa yang kita nikmati didunia ni bukan asbab kebahagiaan. Bahagia itu ada bersama-Nya. Hati yang gusar dan tidak tenang, adalah petanda Allah memanggil2 kita untuk mendengar pengaduan kita. Ya, kita boleh jumpa mana2 kaunselor atau pakar motivasi, atau psychiatrist sekalipun, tapi mereka cuma boleh menunjukkan alternatif untuk menyelesaikan masalah kita, sedangkan Allah itu sendiri adalah penyelesaiannya.
7. Syukur dengan apa yang ada, jangan mengeluh pada apa yang tak ada. Pasangan yang tak romantik, tapi kita ada pasangan. Ramai lagi di luar sana masih tercari2 pasangan hidup untuk berkongsi kebahagiaan mereka. Syukur..syukur… kita ada tempat bergantung. Ada orang yang tak bertemu jodoh, atau jodoh tak panjang. Namun itu bukan sebab mereka tidak berasa bahagia. Allah berada dalam tiap2 hati itu bukan kerana dia berkahwin atau tidak, beranak atau tidak, kaya atau tidak. Dia tetap ada, cuma kita saja yang kadang2 nampak, kadang2 tidak.
8. Diri kita berhak untuk bahagia! Jangan jadikan perkara2 menyedihkan dan tidak membahagiakan itu sebagai benteng untuk kita mencapai kebahagiaan. Ada orang yang tunduk kepada masalah dan akhirnya hidup dalam keadaan yang tak happy. JANGAN MACAM TU! Kita berhak untuk mendapat kebahagiaan. Jika pekerjaan kita tak membahagiakan, jangan fokus pada yang tak bahagia tu. Mungkin cuma fokus pada gaji je, hehehe. Adeh. Kalau pasangan kita kurang membahagiakan, jangan biarkan dia menghilangkan mood kita untuk bahagia. Fokus pada diri kita dan buatlah aktiviti2 yang boleh buat kita happy.
9. Tunjukkan pada dunia bahawa kita adalah individu yang paling bahagia, dan kita tak perlukan apa-apa untuk berasa bahagia, kerana kehidupan ini memang sesuatu yang membahagiakan!


KESIMPULANNYA: Orang-orang di sekeliling kita adalah kebahagiaan kita di dunia ini. Amin...



THANK'S FOR READING ! LEAVE SOME COMMENT YAH !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...