06 April 2011

Resah Gelisah Cinta Jarak Jauh

Seperti bait-bait lagu ini, begitulah umpama kukuhnya sebuah cinta jarak jauh. Walaupun jauh di mata namun dekat di hati. Jika si gadis berada di utara, si jejaka nun jauh berada di selatan. Bagaimana caranya untuk memastikan hubungan cinta jarak jauh sentiasa terasa dekat.

1. Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejapSelain dibatasi jarak, mungkin masa dan kelapangan tidak mengizinkan. Namun, tidak mungkin tiada masa langsung untuk berjumpa. Jika si dia telah berkorban untuk pergi melawat kamu, luangkanlah sedikit masa untuk bersama dengannya. Dengan cara itu, si dia tahu bahawa kamu juga telah berkorban masa untuk menikmati masa bersama. Masa yang terhad ini perlulah diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Selain tunjukkan rasa cinta kamu, lafazkannya agar ia sentiasa segar di hati pasangan.

2. Sentiasa mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan
Kesetiaan merupakan KUNCI UTAMA yang harus ada pada pasangan. Setia pada rasa cinta yang ada di samping hormat pada hubungan yang telah terjalin. Nilai kesetiaan pasti sentiasa teruji apabila pasangan berjauhan. Segala cabaran dan godaan perlu ditepis untuk menjaga sebuah cinta yang suci. Namun, jangan terus melukakan hati pasangan kalau kamu tidak mampu untuk setia.

3. Beri kejutan kepada pasanganSiapa kata dah jauh tak perlu bertegur sapa. Berikanlah kejutan sebagai tanda kasih sayang. Sejambak bunga, sebungkus coklat mahupun sebuah patung beruang, pasti si dia teruja dan gembira. Sekarangkan banyak perkhidmatan penghantaran disediakan. Kamu tak perlu hantar sendiri. Gunakanlah kemudahan yang ada dan ceriakan hati si dia. Namun, gembiranya berganda-ganda jika melihat orang yang disayangi memegang sejambak bunga di hadapan rumahnya. Oh, so sweet!

4. Sentiasa berhubung
Telefon, e-mel, SMS, Facebook, kini segalanya dihujung jari. Jangan bagi alasan kesibukan mengatasi segalanya. Banyak kemudahan kini disediakan untuk kamu berhubung. Gunakan ia dengan sebaiknya untuk terus mencurahkan rasa cinta dan sayang. Jangan jadikan jarak jauh sebagai alasan. Pasangan yang berbeza benua pun boleh berhubung apatah lagi kamu yang jauh beratus-ratus kilometer sahaja. Ayuh, telefon dia sekarang!



THANK'S FOR READING ! LEAVE SOME COMMENT YAH !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...