Tinggalkan sifat PEMARAH dan PANAS BARAN anda!Mesti ramai kan yang mempunyai sifat demikian. Tidak elok taw korang! Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. Sebab asyik nak marah kan. Nak bergurau pun rasa takot2. Betol x?
Haa sangat berbahaya orang yang memiliki sifat di atas ni. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun hal sekecil kuman sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. Jadi sentiasalah berjaga-jaga dengan orang bersifat demikian.Sekali disakiti pasti mencari peluang untuk melepaskan dendam yang dirasai itu.
Tinggalkan sifat HASAD  DENGKI
Jeles? Cemburu? Semuanya sama kan. Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu. Orang seperti ini tidak akan pernah berjaya dalam kehidupannya yang sentiasa ada sifat 'jeles' dalam dirinya itu. Tinggalkan sifat BAKHIL
Ohh tidak bagus diamalkan sifat demikian. Allah benci orang yang sebegini kerana sifat begini boleh membuatkan diri kita tidak disukai orang sekeliling. Contohnya berdalih kata takde duit. semedang takde duitnyer.. Seeloknya kita mengamalkan gaya hidup saling membantu dan menjadi orang yang pemurah.
Tinggalkan sifat TAMAK
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan  yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa  banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu  rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau  digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum  boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ).  Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat  dimanfaatkan. Tinggalkan sifat TIDAK  SABAR
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi  hal-hal yang lebih besar. Contohnya bila naik bas tak reti nak beratur. Makan pun nak gelojoh kan. Ingatlah 'SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN'.Tinggalkan sifat EGO
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak  tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir  mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau  rendah tahap keegoan tersebut. Orang yang tinggi egonya sesuai dengan orang yang mudah mengalah. Kerana jikalau kedua-duanya mempunyai ego yang tinggi, korang takkan ke mana lah.!Tinggalkan sifat RIAK
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.  Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah  amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah  kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada. So janganlah nak belagak ok!Tinggalkan sifat  terlalu MENCINTAI DUNIA
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat  susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati  jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa  anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’  kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.  Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya  dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

No comments:
Post a Comment