30 November 2011

6 Warna Bunga Ros & Maksud Disebaliknya


ROS MERAH - cinta dan romantik
Kebiasaannya ros berwarna merah sering digunakan simbol untuk menunjukkan perasaan cinta sejati kepada seseorang. Tetapi disebabkan populariti ros merah yang sangat luas, ia bertujuan sebagai satu simbol keagamaan atau politik.



ROS KUNING - persahabatan, keriangan, cepat sembuh
Simbol ros kuning ialah memberi pesanan sebagai tanda penghargaan ataupun perasaan sayang yang tidak bersifat romantik kepada seseorang. Ianya lebih kepada perhubungan dan bukannya perasaan.



ROS PUTIH - kemurnian, tidak berdosa, simpati. kerohanian
Sejak awal lagi ros putih digunakan sebagai luahan cinta sejati, tetapi tidak untuk masa sekarang kerana cinta sejati lebih sinonim dengan warna merah. Ros putih lebih menunjukkan kesucian, kehormatan, kebersihan hubungan itu berbanding warna merah yang melambangkan keghairahan perasaan pasangan.



ROS OREN - keinginan, semangat yang tinggi, cinta
Ianya adalah campuran warna kuning dan merah. Ros warna oren lebih mudah diertikan adalah cubaan untuk membawa perhubungan  yang lebih serius dari seorang kawan kepada cinta. 



ROS UNGU - terpesona, cinta pandang pertama, kemuliaan.
Sinonim sebagai lambang keagungan, kemegahan, dan kemewahan. Ia juga membawa maksud bahawa pemberi sudah jatuh cinta sejak pandangan pertama lagi.



ROS PINK - cinta, perasaan syukur, penghargaan
Pesanan yang ingin pemberi sampaikan ialah ingin menujukkan pandangannya kepada sifat penerima yang lemah lembut,comel, ayu, bersopan santun, pemalu dan mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi. 






THANK'S FOR READING ! LEAVE SOME COMMENT YAH !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...