18 March 2011

Aku menang "CONTEST SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA"!

Sekian lama tak update blog. kali ni aku berkesempatan untuk update blog yang sekian lama bersawang. haha. Berkaitan dengan tajuk di atas. hehe. Aku telah menang dalam contest tersebut. Ape yang aku tahu. contest ini disertai seramai 128 orang tak silap aku lah. Dan aku telah dicalonkan dalam top5 untuk contest ini. Dan secara automatiknyer aku terplih sebagai pemenang.. hehe. aku memang tak sangka aku boleh terpilih sebagai pemenang untuk contest ini. Sebab aku join pun setelah aku di tag salah seorang blogger. Terima kasih juga pada beliau sebab sudi tag aku untuk join contest tersebut. Dan terima kasih juga pada INDRA AMIRRUL selaku blogger yang menganjurkan contest tersebut. Ape yang dijanjikan oleh beliau, pemenangnyer akan mendapat topup RM30. so aku masih menanti-nantikan hadiah tersebut. hehe. Untuk para blogger sekalian gambar dan slogan yang terpilih sebagai pemenang contest tersebut adalah seperti di bawah ini....



SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA kerana bagi saya mereka adalah anugerah tuhan yang sangat berharga untuk saya. Tanpa mereka saya merasakan hidup saya tidak sempurna. Kerana mereka adalah sebahagian dalam hidup saya. Mereka juga membuatkan saya ketawa dan gembira setiap waktu. Mereka juga adalah tempat terbaik untuk kita meluahkan kesedihan dan kegembiraan. Kenangan bersama mereka adalah yang terbaik untuk kita ingati pada setiap waktu. Kawan-kawan juga penting bagi saya kerana mereka juga diibaratkan macam adik beradik sendiri. Dalam hidup berkawan seharusnya saling jujur sesama sendiri,sayang-menyayangi antara satu sama lain dan saling membantu tak kira masa. Sayang mereka teramat sangat." IKHLAS dari Dila Lala.

THANK'S FOR READING ! LEAVE SOME COMMENT YAH !

2 comments:

syakirahmn said...

tahniah tahniah. syok gak eyh masuk masuk kontes pastu tak pasal2 mng kan. tak penah plak mencuba :D

Dila Lala said...

mekashih! hehe. dila join contest pun hanya suka2. xsangka boleh menang lak. ni yg berkobar2 nak join contets len plak. ehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...