07 January 2011

Perbezaan Ketara Adam & Hawa ^_^


1. Makan di luar

  • Apabila dapat bayaran bil, perempuan akan mengeluarkan duit cukup-cukup  dengan jumlah total bil. 

  • Apabila dapat bil bayaran, lelaki akan keluarkan RM10 seorang walaupun jumlahnya berharga RM40.25. Tiada di antara mereka yang akan mengeluarkan sen tersebut.

2. Duit

  • Lelaki akan bayar berapa sekalipun duit jika sesuatu barangan itu menjadi idaman hatinya. Walaupun mahal, mereka pentingkan kualiti lebih daripada harga.

  • Wanita juga sanggup keluarkan duit dengan banyak apabila berbelanja. Namun, mereka akan bayar lebih dan ia bukan pada barang yang diinginkan pun. Hal ini hanya akan terjadi apabila tiba waktu jualan murah.

3. Masa hadapan

  • Seorang wanita amat risaukan masa depannya sehinggalah mereka dapat seorang suami.

  • Seorang lelaki tidak pernah merisaukan masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang isteri.

4. Bilik air

  • Lelaki hanya mempunyai 5 barang sahaja di dalam bilik air mereka iaitu berus gigi, pencukur, krim pencukur, sabun buku dan juga tuala mandi.

  • Wanita pula secara purata mempunyai hampir 328 barang di dalam bilik air mereka. Secara puratanya juga, lelaki hampir tidak mengetahui apakah barang tersebut serta tujuannya.

5. Pertengkaran

  • Wanita sering ada sahaja kata-kata akhir selepas sesuatu pertengkaran berlaku. Ala-ala kesimpulan kepada pertengkaran itu la..
  • Lelaki pula, sering menambah pada kata-kata akhir wanita itu dan apa yang tidak disangka, ia akan menjadi permulaan kepada pertengkaran yang baru.


THANK'S FOR READING ! LEAVE SOME COMMENT YAH !

3 comments:

!xOra said...

so true...~~~~hehehe
ouhhh..pinkishh dot dot...cantik amat... :)

aLoNg.... said...

hahahaha....
x larat aq nk gelak...

Dila Lala said...

afni; hehe thanx yunk.

wan: gler pe.? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...