08 January 2011

MUTIARA KATA




  • Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran 
  • Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan
  • Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang
  • Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain
  • Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
  •  Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.
  • Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh
  • Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
  • Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.
  • Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.
  • Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
  • Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.
  • Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali
  • Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.
  • Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa
  • Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan
  • Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan
SEKIAN =)






THANK'S FOR READING ! LEAVE SOME COMMENT YAH !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...