29 December 2011

TAHAP CEMBURU LELAKI MENGIKUT HOROSKOP!

Aquarius ( 21 Januari – 19 Februari)
- Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu. 

Pisces (20 Februari – 20 Mac)
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Aries (21 Mac – 20 April) 
-Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.

Taurus (21 April – 21 Mei)
-Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.

Gemini (22 Mei – 21 Jun)
- Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain

Cancer ( 22 Jun – 23 Julai) 
-Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.

Leo (24 Julai – 23 Ogos) 
-Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.

Virgo (24 Ogos – 23 September) 
-Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

Libra ( 24 September – 23 Oktober)
-Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.

Scorpio ( 24 Oktober – 23 November) 
-Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

Sagitarius ( 23 November – 21 December) 
-Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.

Capricon ( 22 December – 20 Januari) 
-Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Read more ...
THANK'S FOR READING ! LEAVE SOME COMMENT YAH !

Rahsia Bantal

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Kasihan betul… pergi kedai belilah satu
Read more ...
THANK'S FOR READING ! LEAVE SOME COMMENT YAH !

28 December 2011

Baby NUR ELINA BATRISYIA

Hallo..
Entry kali ini aku nak cerita tentang baby yang sangat comel.
Bukan baby aku.. Tapi  baby pakcik aku.. Kiranya budak ni adik sepupu aku lah..
Kenapa aku buat entry pasal dia.?? Sebab dia COMEL plus plus korang weh..!
Aku tak tipu.. Geram bila tengok dia even dalam gambar.. Sangat photoghenic baby ni..
Bila tengok pic-pic dia semua ya allah! RINDU sesangat dengan gelagat dia, senyuman dia..
Rasa macam nak ada baby sendiri pula.. Cewaahhh! HAHAHA~
Macam yang tertera tajuk di atas.. Nama dia NUR ELINA BATRISYIA.. Panggil Elina jek.. Hehehe.
Baru 8 bulan baby ni tapi gedebab gila ahh.. Okay malas nak cakap banyak.. Korang tengoklah sendiri gelagat dia ni okay.? Byeeeee ;)































Read more ...
THANK'S FOR READING ! LEAVE SOME COMMENT YAH !

16 December 2011

Hari Lahir Untuk Wanita~

ISNIN
  • Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan.
  • Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.
  • Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya.
  • Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran.
  • Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.
  • Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
SELASA
  • Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami.
  • Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.
  • Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.
  • Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain.
  • Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya.
  • Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh.
  • Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.
  • Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut.
  • Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU
  • Suka berdendam.
  • Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu.
  • Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang.
  • Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri.
  • Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja.
  • Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.
  • Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk.
  • Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya.
  • Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.
  • Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
  • Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.
KHAMIS
  • Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif.
  • Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi.
  • Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami.
  • Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta.
  • Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk.
  • Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.
  • Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.
JUMAAT
  • Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.
  • Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia.
  • Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri.
  • Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.
  • Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.
SABTU
  • Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah.
  • Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal.
  • Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.
  • Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji.
  • Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan.
  • Wanita ini akur dan mengikut perintah suami.
  • Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.
AHAD
  • Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri.
  • Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri.
  • Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2.
  • Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya.
  • Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka.
  • Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros.
  • Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.
Read more ...
THANK'S FOR READING ! LEAVE SOME COMMENT YAH !

30 November 2011

6 Warna Bunga Ros & Maksud Disebaliknya


ROS MERAH - cinta dan romantik
Kebiasaannya ros berwarna merah sering digunakan simbol untuk menunjukkan perasaan cinta sejati kepada seseorang. Tetapi disebabkan populariti ros merah yang sangat luas, ia bertujuan sebagai satu simbol keagamaan atau politik.



ROS KUNING - persahabatan, keriangan, cepat sembuh
Simbol ros kuning ialah memberi pesanan sebagai tanda penghargaan ataupun perasaan sayang yang tidak bersifat romantik kepada seseorang. Ianya lebih kepada perhubungan dan bukannya perasaan.



ROS PUTIH - kemurnian, tidak berdosa, simpati. kerohanian
Sejak awal lagi ros putih digunakan sebagai luahan cinta sejati, tetapi tidak untuk masa sekarang kerana cinta sejati lebih sinonim dengan warna merah. Ros putih lebih menunjukkan kesucian, kehormatan, kebersihan hubungan itu berbanding warna merah yang melambangkan keghairahan perasaan pasangan.



ROS OREN - keinginan, semangat yang tinggi, cinta
Ianya adalah campuran warna kuning dan merah. Ros warna oren lebih mudah diertikan adalah cubaan untuk membawa perhubungan  yang lebih serius dari seorang kawan kepada cinta. 



ROS UNGU - terpesona, cinta pandang pertama, kemuliaan.
Sinonim sebagai lambang keagungan, kemegahan, dan kemewahan. Ia juga membawa maksud bahawa pemberi sudah jatuh cinta sejak pandangan pertama lagi.



ROS PINK - cinta, perasaan syukur, penghargaan
Pesanan yang ingin pemberi sampaikan ialah ingin menujukkan pandangannya kepada sifat penerima yang lemah lembut,comel, ayu, bersopan santun, pemalu dan mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi. 





Read more ...
THANK'S FOR READING ! LEAVE SOME COMMENT YAH !

24 November 2011

Makna disebalik jenis-jenis rambut anda!

01) RAMBUT LURUS
- bijak- seorang yang happy
- bergaya
- cemburu
- pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

02) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak
- degil
- cemburu kuat
- romantic
- banyak pergaulan
- susah dalam menyelesaikan masalah diri
- tidak suka termenung

03) RAMBUT KERINTING NEGRO
- bijak
- ego
- cemburu buta
- romantik
- memilih
- mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

04) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak
- berfikir sebelum melakukan sesuatu
- berfikiran terbuka
- banyak pergaulan
- mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu

05) RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat
- memilih
- pemaaf
- manja
- tegas
- cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh

06) RAMBUT SIKIT
- bijak- sentiasa berfikiran negatif pada seseorang
- ego
- pandai membuka perniagaan walaupun kecil

07) RAMBUT PERANG
- kurang bijak
- berfikiran terbuka
- pemaaf
- sosial
- bijak lari daripada masalah

08) RAMBUT TEBAL
- bijak
- degil
- cemburu
- romantic
- kasar
- banyak kawan
- pandai mengambil hati seseorang

09) RAMBUT KUSUT
- sangat bijak
- berfikiran terbuka
- banyak pergaulan
- garang
- susah nak memaafkan seseorang
- pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan
- (kalu nak nampak bijak mcm empunya pesen rambut gini…. usaha kasik kusut rambut korang.. )

10) RAMBUT BERUBAN
- kurang bijak
- suka termenung
- social sikit
- berfikiran terbuka
- pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT
- (Botak)
- kesian..

HAHAHAHA~
Read more ...
THANK'S FOR READING ! LEAVE SOME COMMENT YAH !

22 November 2011

8 Tanda Si Dia Ikhlas dengan Kamu

1. BERSAHAJA
Dia tidak akan berpura-pura menjadi orang lain atau berlakon baik semata-mata mahu menambat hati  kamu. Sebaliknya si dia akan kelihatan tenang dan bersahaja setiap kali berdepan dengan kamu.

2. GEMBIRA BERSAMA
Tiada paksaan atau lakonan di wajahnya. Ekspresi gembira jelas terpancar di wajahnya ketika kalian  bertemu atau menghabiskan masa bersama.

3. TERIMA KAMU SEADANYA
Dia menerima kelebihan dan kelemahan diri kamu seadanya. Dia tidak memaksa kamu menjadi orang lain bagi memenuhi ciri-ciri pasangan idamannya.

4. JUJUR
Baik dari segi percakapan mahupun perlakuan, dia ikhlas dan berterus-terang dengan kamu. Kaki  penipu biasanya bijak mengatur ayat manis tapi orang yang jujur akan menggunakan bahasa yang biasa.

5. HORMAT
Di awal perkenalan sehingga kamu bersama sebagai kekasih, dia menghormati kamu dan tidak sesekali  dia cuba mengambil kesempatan atau mengasari kamu dengan perbuatan atau percakapannya.

6. BERTEMU DENGAN KELUARGA
Jika dia memang ikhlas, dia tidak akan keberatan untuk berkenalan dengan keluarga kamu dan  dia juga akan  membawa kamu bertemu dengan keluarganya.

7. TIDAK MENYEMBUNYIKAN KAWAN
Orang yang ikhlas mencintai kamu akan bersikap terbuka dan tidak akan menyembunyikan kawankawannya
daripada kamu.

8. MENGAMBIL BERAT
Walau sesibuk mana pun, dia akan menghubungi kamu untuk bertanyakan khabar. Kesungguhannya mengambil berat ini membuktikan yang dia amat menghargai kamu sebagai pasangannya. 

*semua ciri-ciri di atas ada pada si dia.. hihihi..*





Read more ...
THANK'S FOR READING ! LEAVE SOME COMMENT YAH !

08 November 2011

‎:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!! 
Read more ...
THANK'S FOR READING ! LEAVE SOME COMMENT YAH !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...